Monday 10 June 2013

PENAMBAHBAIKAN DALAM PROSES PENGELUARAN

Jeruk Madu Pak Ali yang memang terkenal dengan rasanya yang Enak, Halal dan Bersih dari segi pembuatannya, kini telah dipertingkatkan lagi dengan beberapa pembaikan didalam proses pengeluaran. Ini adalah bagi menjamin kawalan kualiti produk dapat dibuat sepenuhnya walaupun terdapat peningkatan didalam aktiviti pengeluaran, sejajar dengan peningkatan permintaan dari pelanggan.
 


Pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan. Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan ke suhu 70 C sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital Refractometer.


Semua pekerja dari setiap bahagian akan melalui "Bilik Persalinan Pekerja" terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan tugas. Dibilik ini pekerja akan memukarkan pakaian biasa kepada "Pakaian Kerja" iaitu dengan memakai kasut, apron, baju dan tudung kepala yang disediakan. Pekerja juga akan membasuh tangan (7-Langkah Mencuci) dengan sempurna setiap kali sebelum masuk dan keluar dari tempat bertugas. Satu Manual Operasi dan "Standard Operating Procedure" juga disediakan untuk digunakan pekerja dan memudahkan kerja-kerja operasi pengeluaran.
 

 
Turut dipertingkatkan ialah proses pencucian garam dari buahan buahan yang telah dipotong. Bagi memastikan proses pencucian dapat dijalankan dengan berkesan, buah-buahan tersebut dimasukkan kedalam tong pencucian yang dilabelkan. Pencucian dengan menggunakan air bersih (dari Jabatan Bekalan Air)  yang ditapis dialkukan beberapa kali sehingga rasa garam tersebut hilang. Ukuran kandungan garam ini  di periksa dengan menggunakan alat sukatan Agato Master Alpha Refractometer.  
 
 
 
Pelanggan-pelanggan juga dapat menyaksikan sendiri aktiviti pemprosesan jeruk dari galeri yang disediakan. Ini termasuklah aktiviti pemotongan buah, pembersihan dan pembungkusan jeruk. Bagi memudahkan pelanggan pihak Pak Ali Food Industries turut menyediakan satu ruang khas untuk sesi taklimat atau penerangan kepada pelanggan yang datang secara berkumpulan. Juga disediakan ialah sebuah surau (berasingan untuk lelaki dan wanita) dan juga tandas yang selesa. Ruangan "parking" yang luas juga kini terdapat disini, semuanya untuk kemudahan pelanggan-pelanggan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment: