Coretan Pak Ali

 


ERTI KEJAYAAN

Kilang Pak  Ali Food Industries kini sering menjadi tempat tumpuan pelajar-pelajar membuat kajian tentang bidang keusahawanan terutamanya dari institusi pengajian tinggi seperti UiTM, USM, UUM, Politeknik-politeknik, Kolej-kolej dan lain-lain di kawasan utara. Perkembangan ini dirasa kan amat baik memandangkan pihak universiti dan kolej kini memberikan penekanan yang lebih tentang bidang keusahawanan kepada penuntut-penuntutnya sejak dari awal lagi.  

Satu soalan yang sering ditanya pelajar semasa sesi temubual ialah ” Apakah Rahsia Kejayaan Jeruk Madu Pak Ali”.

Soalan ini agar sukar dijawab kerana erti kejayaan itu sendiri memerlukan penaksiran yang lebih mendalam terutamnya jika ianya hanya diukur dengan kejayaan “material” sahaja.. Bagi seseorang yang hanya berkemampuan membeli basikal, orang yang berkereta dilihat sebagai telah berjaya baginya. Bagi orang yang telah berkereta jenama proton saga, orang yang berkereta Ferrari pula dilihat sebagai telah berjaya dan dirinya pula dikira belum berjaya.

Namun apa yang lebih penting sebenarnya ialah bagi kita membuat yang TERBAIK dalam apa jua bidang yang kita lakukan. Kejayaan itu sebenarnya bukan kita yang tentukan, tetapi oleh Allah. Buat yang terbaik bersunguh-sungguh dan untuk kejayaan berserahlah kepada Allah. Semasa kita menjadi pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh dan jadilah yang terbaik didalam apa pun bidang yang kita ceburi. Jadi yang terbaik bukan hanya didalam bidang akademik, tetapi juga didalam bidang kokurikulum, agama, kemanusiaan dan kemasyarakatan, sosial dan lain-lain. Jadilah pelajar yang cemerlang di dalam akhlak (attitude), kemahiran (skill) dan ilmu (knowledge) . Ketiga-tiganya perlu dicapai secara bersepadu. Orang yang berjaya ialah orang yang membawa orang lain berjaya bersamanya. Tak cukup hanya setakat kita menjadi baik tetapi mestilah juga memberikan kebaikan kepada orang lain dan persekitaran. Bangunkan lah potensi diri kita ketahap yang maksima.

Pada tahun 2011, kilang Jeruk Madu Pak Ali  telah mengeluarkan kira-kira 280 Tan Jeruk, Ini mungkin dikirakan sebagai satu kejayaan berbanding dengan hanya 150 Tan pada 2010. Namun pada tahun 2012, kita telah berjaya mengeluarkan hampir 600 Tan jeruk. Ini juga mungkin satu kejayaan setakat ini.

Kejayaan bagi kami di kilang Pak Ali Food Industries merupakan satu Proses atau Perjalanan dan bukannya satu Destinasi.

Pada tahun 2009 kami hanya mempunyai 6 orang pekerja. Kini kami mempunyai seramai 65 orang pekerja. Apa yang lebih penting disini ialah kami telah berjaya memberikan pekerjaan kepada 65 orang anak tempatan. Begitu juga dengan meningkatnya hasil penegeluaran kami juga kini mampu membeli kira-kira 100 Tan buah-buah sebulan dari pekebun-pekebun berbadding hanya 10 Tan sebulan pada 2009. Ini juga memberikan pendapatan yang lebih kepada  pekebun, peraih buah dan orang-orang kampung.

Yang lebih penting lagi, dengan meningkatnya pengeluaran, kini lebih ramai orang di Malaysia dapat menikmati KEENAKAN Jeruk Madu Pak Ali. Mungkin inilah satu kejayaan.

Kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita:

Sebagai hamba Allah -  dapat menjadi hamba yang terbaik

Sebagai Kahlifah – memberikan kebaikan kepada diri, orang lain, dan persekitaran mengikut hukum Allah.

No comments:

Post a Comment