Monday 10 June 2013

PENAMBAHBAIKAN DALAM PROSES PENGELUARAN

Jeruk Madu Pak Ali yang memang terkenal dengan rasanya yang Enak, Halal dan Bersih dari segi pembuatannya, kini telah dipertingkatkan lagi dengan beberapa pembaikan didalam proses pengeluaran. Ini adalah bagi menjamin kawalan kualiti produk dapat dibuat sepenuhnya walaupun terdapat peningkatan didalam aktiviti pengeluaran, sejajar dengan peningkatan permintaan dari pelanggan.
 


Pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan. Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan ke suhu 70 C sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital Refractometer.

Wednesday 22 May 2013

PERASMIAN AGRO BAZAAR (K-SHOPPE FAMA) DI PUSAT JUALAN JERUK MADU PAK ALI


 Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali hari ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Che Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut hadir bersama adalah Y.Bhg. Dato Ahmad Bin Ishak – Ketua Pengarah FAMA, Y.Bhg. Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir - Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agro Bank, Pengarah FAMA Pulau Pinang -  Puan Habibah Sulaiman, Pengarah  FAMA Wilayah Utara, Pengarah-pengarah Kanan FAMA Ibu Pejabat, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Agro Bank, YB Sr. Haji Muhamad Farid Haji Saad, Pengurus-Pengurus Agro Bank, Ketua –Ketua Jabatan FAMA, Perda, Mardi, Pertubuhan Peladang Kawasan, Kementerian Pertanian dan wakil-wakil agensi kerajaan yang lain.


 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Encik Alias Bin Haji Ali, Pengarah Ursusan Pak Ali Food Industries. Majlis di teruskan dengan ucapan oleh Pak Ali sendiri dan kemudiannya oleh Y.Bhg. Dato Che Mohd Hashim Bin Abdullah. Turut diadakan ialah majlis Penyampaian Sijil Pengharagaan kepada Wargakerja Pak Ali Food Industries diatas komitmen, kerjasama dan sokongan padu berterusan yang telah diberikan kearah kemajuan dan kecermelangan syarikat. Lawatan kekilang oleh semua hadirin kemudiannya diadakan bagi melihat sendiri proses pembuatan jeruk secara lebih dekat.



 






        

 

 
  






 


 



 

Wednesday 17 April 2013

JERUK MADU PAK ALI BLOG RASMI


Diatas permintaan ramai, pihak Jeruk Madu Pak Ali kini mengaktifkan Blog Rasmi Jeruk Madu Pak Ali. Semoga dengan adanya Blog ini, sedikit sebanyak berita terkini tentang perkembangan syarikat dapat di kongsikan bersama.