Jeruk Madu Pak Ali yang memang terkenal dengan rasanya yang Enak, Halal dan Bersih dari segi pembuatannya, kini telah dipertingkatkan lagi dengan beberapa pembaikan didalam proses pengeluaran. Ini adalah bagi menjamin kawalan kualiti produk dapat dibuat sepenuhnya walaupun terdapat peningkatan didalam aktiviti pengeluaran, sejajar dengan peningkatan permintaan dari pelanggan.
Pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan. Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan ke suhu 70 C sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital Refractometer.